LOKASI & ALAMAT


PUSAT BEKAM & TERAPI JAMILLAH PADZI :
Bekam & Refleksologi.
Jalan Lapangan Terbang, Sura Hujung,
23000 Dungun Terengganu.
( Laluan menuju ke UiTM Dungun ) 019 349 8545 - En Fauzi / 011 11431545 - Pn Jamillah

TARIKH AFDHAL BERBEKAM BULAN INI MUNCUL LAGIII... ( Hari Penyembuhan Pelbagai Penyakit, InshaAllah )

Sila Rujuk Kalendar Islam Seperti Dalam Gambarajah Di Atas - Gambarajah Ihsan Dari Khalifah Bekam

WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda :  

"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa, kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. 

Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.

Penulis al-Qanun mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan agar kita menggunakan bekam bukan di awal bulan, kerana komposisi unsur-unsur darah belum bergelojak pada ketika itu, juga bukan pada akhir bulan, kerana pergolakan darah sudah berhenti tetapi yang paling afdal adalah pertengahan bulan, ketika komposisi unsur-unsur darah dan frekuensinya meningkat tajam kerana cahaya bulan yang juga memuncak frekuensinya.  Pada ketika bulan penuh juga toksin-toksin di dalam badan sedang memuncak, emosi juga agak tidak menentu.  Badan juga mudah diserang bakteria kerana pada ketika inilah parasit sedang aktif membiak. 

Namun begitu, pemilihan waktu-waktu melakukan pembekaman hanyalah sebagai TINDAKAN BERJAGA-JAGA sahaja, untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan bahaya. Adapun begitu dalam soal rawatan pembekaman BOLEH DILAKUKAN BILA-BILA mengikut keperluan dan kepentingan badan pada ketika itu.  Sekiranya situasi badan memerlukan rawatan segera, maka segerakanlah berbekam kerana khuatir jika ditangguh mungkin boleh membawa kepada mudharat yang lebih besar dan berat kepada badan.

Untuk Temujanji Rawatan :

011 11431545 ( Puan Jamillah )

019 349 8545 ( En Fauzi )

Jalan Lapangan Terbang, Sura Hujung Dungun Terengganu.

No comments:

Post a Comment