LOKASI & ALAMAT


PUSAT BEKAM & TERAPI JAMILLAH PADZI :
Bekam & Refleksologi.
Jalan Lapangan Terbang, Sura Hujung,
23000 Dungun Terengganu.
( Laluan menuju ke UiTM Dungun ) 019 349 8545 - En Fauzi / 011 11431545 - Pn Jamillah

Refleksologi ( Urut Tapak Kaki )


Refleksologi bukanlah satu pengubatan.  Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan.  Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan.  Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.

Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab/punca kepada penyakit.  Apabila punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut/penyakit sudah pun sembuh. 

PENGERTIAN URUT REFLEKSOLOGI

Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.

TUJUAN / MANFAAT URUT REFLEKSOLOGI PADA TUBUH

Kaedah rawatan refleksologi ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.  Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat.  Jadi secara umumnya tujuan/manfaat rawatan refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.


CARA KERJA URUT REFLEKSOLOGI

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki kita.  Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat kelegaan daripada sakit dan kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung, pointnya ada pada kaki sebelah kiri.

Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat di kanan dan kiri kaki.

Ia sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir di tapak kaki kita.  Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam tubuh setiap masa.  Bila jantung menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.  Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke orga-organ pembuangan.  Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air kencing.  Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal.  Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.

Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu.  Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa.  Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis".  Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu.  Apabila fungsi organ terganggu, maka seseorang itu akan sakit.  Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang.   Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh.  Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit.  Penyakit terjadinya penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".

Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran  atau sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.  Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna.  Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.  

Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :

1) Kencing
2) Berak
3) Peluh
4) Pernafasan

Diharap dengan penerangan yang ringkas ini dapatlah difahami bahawa betapa pentingnya penjagaan kedua-dua tapak kaki ini.  Gunalah kaedah urutan ini dalam merawat / memperbetulkan fungsi-fungsi organ dalam badan.  Dengan urutan ini ia akan melancarkan peredaran darah dalam badan sekaligus menyahkan punca kepada penyakit.  Anda boleh lakukannya sendiri di rumah.  Urutlah dengan memberi tumpuan kepada organ-organ yang disentuh.  Ini adalah kaedah terbaik dalam memberi keberkesanan pada setiap urutan.  Walau bagaimanapun, urutan yang berterusan dan buat sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit. Perlu diingat juga, urutan refleksologi hanya dapat merawat kes-kes ringan sahaja.  Untuk kes-kes berat ia perlu disertai dengan kaedah rawatan bekam.  Maka bekam selepas mendapat urutan refleksologi adalah sangat-sangat bagus.   

Tindakbalas Selepas Urutan Refleksologi

* Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa.  Kadang-kadang ada yang keluar berpasir.
* Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian akan hilang dengan sendirinya atau kesakitan itu akan berpindah ke tempat lain.
* Rasa letih, lesu dan mengantuk.
* Timbul gatal-gatal pada kulit
* Berak cair atau berminyak
* Kepala terasa sakit
* Muntah-muntah
* Banyak buang angin
* Urat darah nampak timbul
* Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat
* Rasa lebih ringan dan lebih cergas














Rawatan Bekam Di Muzium Negara Kuala Lumpur




Assalamualaikum wbt....bersempena Pameran Magis Perubatan Tradisional yang sedang berlangsung di Muzium Negara, pihak muzium telah memberi ruang kepada sahabat seperjuangan ku ( Che Wann ) untuk membuka booth bekam di sana.  Memandangkan beliau sangat sibuk dengan kursus-kursus yang bakal dijalankan ( alhamdulillah dah makin berjaya sahabat aku ni ), maka beliau telah mengamanahkan kepada saya untuk menjaganya sekaligus membuat rawatan di sana. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dari kalangan pengunjung dan juga kakitangan muzium itu sendiri. Haaa, kepada anda di luar sana yang rasa-rasa nak berbekam tu boleh la berkunjung ke Muzium Negara..Tapi datang dalam keadaan perut dah kosong 3 jam ye...nanti sampai2 sana dh blh terus dapatkan rawatan. Tapi biasanya sebelum dapatkan rawatan tu saya akn citer2 dlu..pasal bekam la kan..so xde la rasa takut sangat nak berbekam...akan di'cool'kan terlebih dahulu,hehee...Kepada sapa2 yang nak datang tu, adalah lagi bagus jika hubungi saya dulu di talian 013 925 8538 ( Pn Jamillah )..Bukan apa, blh la saya prepare dlu kan.. :))) Jomm bekam!!! Badan Sihat Tanpa Ubat2an ;)

Tarikh : 21 Okt 2012 - 15 Nov 2012
Masa : 10am-5pm
Telefon : 011 11431545 ( Pn Jamillah )

P/S : Hari Raya Haji pertama & kedua, booth ditutup, harap maklum..TQ

Pusat Bekam & Terapi Betulkan Postur Badan Jamillah Padzi - DUNGUN, TERENGGANU.

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Kepakaran kami adalah memastikan anda mendapat rawatan bekam dan terapi membetulkan postur badan ( jika perlu ) dengan penuh keyakinan, tidak rasa takut & gentar sepanjang proses rawatan bekam dijalankan. 

Kami juga menyediakan sesi khidmat nasihat kesihatan secara percuma.

Sebelum rawatan bermula, kami akan ada sesi temubual supaya dapat kenalpasti punca dan masalah yang membawa kepada sakit. 

Hasil daripada temubual itu, kami akan cadangkan rawatan yang sesuai dan perlu berdasarkan kepada sejarah, simptom dan masalah orang yang nak dirawat.





PUSAT RAWATAN TERAPI JAMILLAH PADZI :
BEKAM & TERAPI PEMBETULAN POSTUR BADAN
Jalan Lapangan Terbang, Sura Hujung
23000 Dungun Terengganu
011 11431545 - Puan Jamillah
019 349 8545 - En Fauzi

KOS RAWATAN 



1) Bekam Badan : RM90 ( minima 12 cups/points ) 
- Point-point utama/umum untuk merawat pelbagai penyakit

2) Bekam Lain-lain bahagian : RM 50 ( contoh : bekam kepala, muka, 2 belah kaki, 2 belah tangan ) 

** Sebelum bekam lain-lain bahagian kecil, disarankan bekam badan terlebih dahulu  kecuali kepada mereka yang telah konsisten berbekam.

3) Terapi betulkan postur badan atau alignment badan : RM150

4 ) Rawatan Pakej Jimat ( Bekam & Terapi Alignment Badan - Gabungan No 1 & No 3 ) : RM150

5) Urutan Refleksologi + Urut Kaki : RM50 - LELAKI SAHAJA

6) Urutan Badan Lelaki : RM80 


Dibuka Setiap hari ( Kecuali berada di luar kawasan )

9am - 5.30pm ( malam dibuka untuk lelaki sahaja )

** Sila hubungi di talian 011 11431545 / 019 349 8545  untuk temujanji rawatan, Tq





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me