LOKASI & ALAMAT


PUSAT BEKAM JAMILLAH PADZI :
Bekam & Refleksologi.
683 Jalan Kelab Golf, Sura Hujung,
23000 Dungun Terengganu.
( Laluan menuju ke UiTM Dungun ) 019 349 8545 - En Fauzi / 019 244 2144 - Pn Jamillah
PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN KAEDAH BEKAM - AMALAN RASULULLAH SAW

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan Rasulullah SAW untuk umat Islam. Tujuan Bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara "DETOKSIFIKASI" yang sangat berkesan/mujarab serta tiada kesan sampingan.

PERINTAHKAN UMAT KAMU SUPAYA BERBEKAM WAHAI MUHAMMAD !

Kepada setiap muslim dan muslimah di seluruh dunia,timur dan barat, saya menghadirkan di hadapan anda semua satu kekayaan terpendam, mutiara tersembunyi, sunnah yang dilupakan oleh ramai umat Islam khususnya, dan penyembuh segala penyakit dengan izin Allah SWT di mana Rasul dan kekasih kita Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)

Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia."

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT." (HR. Muslim)

"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud)

MUKJIZAT BEKAM

Orang-orang beriman baik lelaki atau perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar sunnah Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai pesakit yang pernah menjalani terapi bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri mukjizat kesembuhan dalam mengatasi penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan oleh para doktor. Sayangnya masih sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini. Bahkan dari kalangan terpelajar pun sedikit sekali yang pernah mendengarnya apalagi dari kalangan awam.

Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah.
Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tanpa terkecuali,sesungguhnya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu.

Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata.

'BEKAM' SUNNAH RASULULLAH SAW

Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. (Al Hadis)

Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara:  

Pertama > meminum madu. 
Kedua > berbekam. 
Ketiga > dengan besi panas - Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.

"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"
"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"

Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:

"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".
 Dalam hadis lain diceritakan:

"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia"

PERINTAH BERBEKAM

Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj. Penjelasan dalam hadith Riwayat Ibnu Majah menerusi Katjir bin Salim:
"Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat,mereka selalu berkata "Wahai Muhammad,suruhlah umatmu melakukan bekam".
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".

KENAPA PERLU BERBEKAM???

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.

PANTANG LARANG BERBEKAM

1) Seelok-eloknya berpuasa atau 2 jam sebelum berbekam jangan makan makanan yang terlalu   mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.
2) Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi melainkan selepas sejam kemudian.
3) Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.
KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan:  

"Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."

FUNGSI & FAEDAH BEKAM

Bekam dapat memecahkan saluran darah tetapi tetap satu arah dan konsisten,diiringi dengan terbukanya sumbatan pembuluh darah,terutama pembuluh yang tidak banyak mengeluarkan darah.
Adapun faedah bekam di antaranya ialah membersihkan kulit tubuh secara lebih baik daripada mencuci darah. Cuci darah mungkin lebih baik untuk membersihkan bahagian tubuh yang lebih dalam. Bekam juga mengeluarkan darah kotor dari sekitar bawah kulit. Bekam pada bahagian bahu sangat berfaedah bagi mengubati penyakit bahu dan leher.

WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda :  
"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.

Penulis al-Qanun mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan agar kita menggunakan bekam bukan di awal bulan, kerana komposisi unsur-unsur darah belum bergelojak pada ketika itu, juga bukan pada akhir bulan, kerana pergolakan darah sudah berhenti tetapi yang paling afdal adalah pertengahan bulan, ketika komposisi unsur-unsur darah dan frekuensinya meningkat tajam kerana cahaya bulan yang juga memuncak frekuensinya.

Pemilihan waktu-waktu tersebut untuk melakukan pembekaman hanyalah sebagai tindakan berjaga-jaga sahaja,untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan bahaya. Adapun begitu dalam soal rawatan pembekaman boleh dilakukan bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan.

KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.


KEBAIKAN BERBEKAM

-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.


GAMBAR-GAMBAR BEKAM

 Bekam kini adalah lebih praktis, tanpa kesan sampingan, murah dan boleh mengatasi pelbagai masalah penyakit yang tidak boleh ditangani oleh kedoktoran moden.  Bekam moden hanya menggunakan jarum halus ( rasanya sama spt buat "blood test" ). Tusukan yang halus dan pantas ini tidak menyakitkan jika dibandingkan kaedah dulu yg menggunakan pisau @ tanduk. 
              
Bekam di bahagian kepala dapat membantu pesakit migrain. Kepada yang mengalami masalah ini, anda dinasihatkan supaya dapatkan 2-3x rawatan.  InsyaAllah migrain tidak akn menyerang anda lagi.  Pengubatan paling bagus dan tepat untuk pening  adalah bekam.  Gambarajah seterusnya menunjukkan darah kotor @ beracun yang telah dibekam dari bahagian kepala pesakit. 

Ini adalah darah yang dikeluarkan daripada pesakit migrain.  Darah beku inilah yang menyebabkan sering rasa pening dan lesu. Pada bahagian kepala akan dibekam sebanyak 3x sedutan darah.
  
Bekam di bahagian belakang tengkuk sangat sesuai kpd mereka yang alami lenguh2 bahu.  Pembekaman pada bahagian sekitar tengkuk saja dapat menyembuhkan 72 penyakit.  Rasulullah pernah bersabda yg membawa maksud :
" Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit."

Jerawat & resdung juga berpunca daripada darah kotor yang berada di bawah lapisan kulit muka.  Dengan berbekam pada wajah, InsyaAllah masalah jerawat & resdung dapat diatasi. Disyorkan buat dalam 2-3x..



Bekam juga sesuai untuk mereka yang ada penyakit darah tinggi.  Bahagian yang sesuai utk dibekam adalah di bahagian belakang sebanyak 10 cup.





 Kepada yang ada masalah gout @ sakit2 sendi, kawasan yang sesuai utk dibekam adalah di bahagian2 sendi anda.










Bekam di bahagian kaki & lengan sekiranya mengalami masalah kebas, lenguh2 di bahagian tersebut.  Keadaan ini adalah berpunca dari ketidaklancaran darah pada bahagian kaki.  Mungkin ada penyumbatan pada mana2 saluran darah.







Selain dari darah kotor, juga kelihatan lapisan minyak / air yang keluar bersama2 dengan darah kotor. Situasi ini biasanya terjadi kepada mereka yang ada masalah pada paru-paru.  









Cuba perhatikan keadaan darah kotor ini yg bercampur bendasing seolah-olah seperti satu lapisan lemak pada darah.  Ini antara bahan kotoran dari tubuh yang turut sama dinyahkan apabila proses bekam dilakukan.  Situasi ini mungkin berpunca dari pengambilan ubat2an yang dah bertahun-tahun lamanya. Kesannya mendapan bahan2 kimia mula mendap di dalam badan sekaligus menjadi punca badan seseorang itu semakin lemah @ lesu.


BEKAM & DERMA DARAH adalah 2 perkara yang berbeza. Bekam adalah proses menyingkirkan darah yang bertoksin @ beracun yg berada di bawah permukaan kulit. Darah yang dikeluarkan adalah darah yang tidak mengandungi oksigen, zat & nutrien. Darah kotor ini tidak memberi apa-apa manfaat kepada badan manusia melainkan hanya akan menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan.  Manakala derma darah adalah proses mengeluarkan darah yang dari pembuluh darah/saluran darah. Ianya  termasuk darah2 yang diperlukan oleh tubuh. Semasa proses menderma, darah2 yang mengandungi zat, nutrien, LDL turut sama disingkirkan sedangkan ianya sangat diperlukan oleh tubuh.










5 comments:

  1. Sila add @ my Facebook utk dptkan lbh byk pic2 bekam...TQ

    Facebook : Aajamillah Abdullah

    ReplyDelete
  2. Saya baru sahaja menjalani rawatan berbekam.Alhamdulillah ia mmberi kesan yg sangat positif terutamanya penglihatan dan rasa cergas di pagi hari.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sy nak tanye.. kalau ada darah beku dlm otak then doc ckp kalau buat operation hasilnya 50/50 so ada x cara lain nak sembuhkan darah beku tu ? Bekam di kepala boleh sembuhkan x darah beku tu ? Mohon beri penjelasan please

    ReplyDelete